mcmc
Maklumat Pi1M

MAKLUMAT PUSAT INTERNET KOMUNITI SIMPANG 4 RUNGKUP

newmap2

 

Pusat Internet Komuniti (Malaysia) Simpang 4 Rungkup (PIKS4R) mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat Laman Portal kami. 

Terlebih dahulu pihak kami memberikan sedikit pengenalan mengenai latar belakang Pusat Internet ini. 

Pusat Internet 1 Malaysia merupakan sebuah projek di bawah Program Penyediaan Perkhidmatan Sejagat 

(PPS@USP) yang dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) 

dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan di bangunkan oleh MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. 

selaku pemaju projek. Pusat Internet Komuniti (Malaysia) Simpang Empat Rungkup (PIMS4R) merupakan pusat 

setempat menyediakan perkhidmatan komputer dan capaian internet kepada komuniti. 

Pusat ini diwujudkan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan (terutama luar bandar) 

terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dan dunia digital sesuai dengan transformasi masyarakat 

dunia luar. Selain itu, pusat ini dapat membantu meningkatkan taraf eknonomi dan sosial masyarakat 

melalui pelbagai kemudahan teknologi yang di sediakan dan dilaksanakan di PIM. Justeru proses ini 

mampu merapatkan jurang digital di antara masyarakat masyarakat bandar dan luar bandar 

selaras dengan matlamat kerajaan. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke PIMS4R. 

PIM bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat malaysia melalui pendedahan teknologi IT

dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti

mengakses atau layari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat 

mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang

berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat malaysia berilmu pengetahuan.

Terima kasih kami ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang melawat portal PIM Simpang 4 Rungkup (PIMS4R) ini.

 

 

Peta Lokasi PIM Simpang 4 Rungkup (PIMS4R):

 

 

Gambar pandangan dari atas  PIM Simpang 4 Rungkup

 

 

 

 

Peta Lokasi WiFI Komuniti PIM Simpang 4 Rungkup (PIMS4R):

 


 

 

Gambar PIM Simpang 4 Rungkup Kini

 


 

Latihan Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (PERCUMA) yang di jalankan oleh PIMS4R

Dengan mendaftar keahlian sebanyak hanya RM 5.00 sahaja, para penduduk layak mengikuti  Kelas dan Bengkel Latihan percuma yang dijalankan pada setiap masa ini (Jadual Latihan Bulanan boleh dirujuk).

Di antara Latihan Asas Komputer yang telah dilaksanakan ialah aplikasi-aplikasi seperti Paint, Snipping Tools dan Publisher. Aplikasi ini amat berguna untuk melatih penduduk kampung terutama warga senior mengawal mouse/tetikus dengan cekap.

Latihan Asas dan Latihan Keusahawanan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint bertujuan melatih penduduk kampung kemahiran menaip surat, laporan, membina jadual, unjuran kewangan, mencipta profil bergambar dan sebagainya. Latihan seperti ini mampu menyiapkan persediaan komuniti ke arah kemahiran profesional di dalam kehidupan seharian.

Latihan Asas Multimedia seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator melatih komuniti dan penduduk kampung teknik-teknik penggubahan gambar, corak, pemandangan, potret, rekabentuk huruf, dan pelbagai imej lain dengan kemahiran menu contohnya :- Photoshop Layer Style untuk menghasilkan karya imej yang berbeza dan menakjubkan.  Karya imej ini juga mempunyai nilai tambah untuk kegunaan perniagaan, media sosial yang berguna dan sesetengah karya yang unik juga mempunyai nilai jualan tersendiri.

 

Video Pemandangan Pusat Internet Komuniti (Malaysia) Simpang Empat Rungkup
Kawasan Pemandangan dari Udara.