Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Simpang 4 Rungkup (NADI) terletak di dalam kawasan projek pembangunan Agro
Pelancongan di dalam Kampung Simpang Empat Rungkup. Lokasi NADI Kampung Simpang 4 Rungkup adalah kira-kira 13
kilometer dari Pekan Bagan Datoh (Pusat Mukim Bagan Datoh) dan 11 kilometer dari Pekan
Selekoh (Pusat Mukim Rungkup). NADI Kampung Simpang 4 Rungkup juga terletak kira-kira 35 kilometer dari Pekan
Hutan Melintang (Pusat Mukim Hutan Melintang) iaitu pintu masuk ke Kawasan Parlimen
Bagan Datoh.
Lokasi NADI Kampung Simpang 4 Rungkup ini berada di tengah-tengah kariah pentadbiran 2 Jawatankuasa Pembangunan Dan
Keselamatan Kampung (JPKK) iaitu JPKK Sungai Lanchang dan JPKK Rungkup Kechil.
Bangunan premis NADI Kampung Simpang 4 Rungkup sebelum ini diurustadbir oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai
oleh pemilik tanah dan juga wakil JPKK yang berkenaan untuk memastikan kelancaran dan
penjagaan yang lebih efisien.
NADI Kampung Simpang 4 Rungkup ini berdekatan dengan beberapa tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti jeti
Betin Beras Basah (Kawasan Persinggahan Di Raja Sultan Negeri Perak), jeti Bagan Datoh,
kawasan aktiviti ekonomi masyarakat kampung sama ada pertanian, penternakan, akuakultur,
perkampungan nelayan dan juga industri kecil dan sederhana.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melawat dan menikmati pengalaman unik
seperti menaiki bot ke Pulau Sembilan, mengikuti pakej memancing ikan di laut dan juga
berkunjung ke kawasan pusat bandar Teluk Intan yang terkenal dengan jolokan nama Bandar
Menara Condong.