mcmc
Maklumat Am

   Pi1M Simpang 4 Rungkup (Pi1MS4R) terletak di dalam kawasan projek pembangunan Agro  Pelancongan di dalam Kampung Simpang Empat Rungkup. Lokasi Pi1MS4R adalah kira-kira 13  kilometer dari Pekan Bagan Datoh (Pusat Mukim Bagan Datoh) dan 11 kilometer dari Pekan Selekoh (Pusat Mukim Rungkup). Pi1MS4R juga terletak kira-kira 35 kilometer dari Pekan Hutan Melintang (Pusat Mukim Hutan Melintang) iaitu pintu masuk ke Kawasan Parlimen Bagan Datoh.   Lokasi Pi1MS4R ini berada di tengah-tengah kariah pentadbiran 2 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu JKKK Sungai Lanchang dan JKKK Rungkup Kechil. Bangunan premis Pi1MS4R sebelum ini diurustadbir oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh pemilik tanah dan juga wakil JKKK yang berkenaan untuk memastikan kelancaran dan penjagaan yang lebih efisien.   Pi1MS4R ini berdekatan dengan beberapa tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti jeti Betin Beras Basah (Kawasan Persinggahan Di Raja Sultan Negeri Perak), jeti Bagan Datoh, kawasan aktiviti ekonomi masyarakat kampung sama ada pertanian, penternakan, akuakultur, perkampungan nelayan dan juga industri kecil dan sederhana.   Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melawat dan menikmati pengalaman unik seperti menaiki bot ke Pulau Sembilan, mengikuti pakej memancing ikan di laut dan juga berkunjung ke kawasan pusat bandar Teluk Intan yang terkenal dengan jolokan nama Bandar  Menara Condong.