mcmc
Uncategorised

GUNAKAN KUASA HEBAT SEBAGAI PENGGUNA DAN PENCIPTA KANDUNGAN

Pernah dengar perkataan adi wira? Ia adalah Bahasa Melayu untuk perkataan “Super Hero”.​

Seorang adi wira siber menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai pengguna Internet yang positif ‘n produktif. ​

Ada yang punyai kuasa untuk mencari maklumat dengan cepat dan tepat. ​

Ada yang boleh tentusahkan maklumat dengan sekali pandang. ​

Ada yang boleh selidik kewibawaan pencipta maklumat dengan teliti dan teratur. ​

Ada yang berupaya mencipta kandungan positif yang banyak secara konsisten.​

Dan ada yang bila buka mulut saja, berjaya mendorong orang lain untuk melakukan perkara yang membawa kebaikan.​

ADI WIRA SIBER, POSITIF ‘N PRODUKTIF!​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​

#positifnproduktif
#klikdenganbijak
#KDB
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat ​
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer