mcmc
Pelancongan & Tempat BersejarahRekreasi & Pelancongan

LADANG BUNGA MATAHARI DI BAGAN DATUK, PERAK

Daerah Bagan Datuk menawarkan pelbagai destinasi pelancongan. Salah satu lokasi ternama yang telah menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa ialah Ladang Bunga Matahari di Bagan Sungai Burung, Perak.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pemandangan bunga matahari, malah boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di ladang ini.

Khor Weng Kiang adalah pemilik ladang ini. Beliau dan pasukannya yang terdiri daripada kakaknya serta lima rakan baik mula berusaha di sini sejak 2019 dengan hasrat untuk memperkembangkan pelancongan domestik.

Beliau yang berusia awal 50-an memberitahu, idea untuk membuka ladang ini mula timbul apabila beliau ternampak pelancong asing begitu teruja mengambil gambar bersama pokok bunga matahari di tepi jalan. Melalui situasi itu, barulah beliau tersedar akan daya tarikan serta potensi besar yang tersembunyi pada bunga yang bernama Helianthus annuus itu.

AKTIVITI DI LADANG BUNGA MATAHARI

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pemandangan bunga matahari yang mempersona, malah berpeluang mencuba aktiviti seperti memberi makan ikan dan itik. Mereka juga boleh bergambar di taman bunga serta pelbagai set latar menarik termasuk replika kincir angin, buaian, tangga tergantung, dan arca berbentuk hati.

HARGA TIKET, WAKTU OPERASI LADANG BUNGA MATAHARI

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke Sunflower Garden ini, berikut dikongsikan butiran mengenainya:

Harga Tiket :

Kanak-kanak umur 3-6 tahun : RM 5
Kanak-kanak umur 7 – 12 tahun : RM 10
Dewasa : RM 13
Waktu Operasi : 8.00 pagi – 7.30 malam

Alamat : Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan

Nombor telefon : 016-232 0031

Facebook

Sources